Dear Readers

I remember moments.....

Some of the entry may contain academic articles ... and if you are interested in copying or using the articles in this blog, please acknowledge the writer. Thanks so much...... ymrk...since...2007

Klik Jom!

Sunday, 1 November 2009

Merenung Jauh... Sampai Mana?



Dalam meneliti kehidupan ini, dari pandangan seorang yang tidak jemu dengan dunia kemanusiaan ini, adakalanya ia seperti hujan dilangit. Nampak cerah, tiada tanda tanda untuk hujan tetapi ia meluru jatuh manik manik air. Siapa sangka? Dilangit juga mendung dan nampak sarat memboyot bagai ibu mengandung, tapi bila disapa angin, ia cerah kembali. Kemana menghilang tak tau dimana. Dilangit itu juga, adakala berdiri seekor naga yang garang.. bertaring dan berekor panjang.. disisinya ada seekor arnab, telinga panjang sedang memakan lobak. Agak comel. Dan sekali lagi, bila angin menyapa, entah kemana perginya.


Emosi manusia jua begitu kaedahnya. Adakala jiwa marah, memberontak kerana ada isu yang masih belum selesai. Bagai mahu menghunus keris pada tubuh sesiapa yang menghalang. Tapi entah bagaimana, kata kata atau kelibat malaikat, bisa melunturkan perasaan itu. Manakala ada juga emosi yang tenang, setenang raut wajah bayi yang sedang tidur, entah bagaimana boleh memekik dan meraung kegilaan.


Mungkin ini yang cuma dimaksudkan oleh Teori Transaksional yang menitikberatkan akan peranan PAC (parent, adult, child) dalam diri manusia. Hanya mereka yang sedar ia ada didalam diri masing masing, mungkin bisa mengambil iktibar atau melengah lengahkan ledakan emosi.
Selain itu, Teori ini jga menerangkan bagaimana seseorang itu sedar akan perhubungan PAC dalam diri mereka. Sama ada seseorang itu menerima dirinya dan diri orang yang bertransaksi (berhubung) dengannya (Saya OK, anda OK) atau, seseorang itu menerima dirinya dan tidak menerima orang lain (Saya OK, anda tidak OK), atau seseorang tidak menerima dirinya tetapi boleh menerima orang lain( Saya tidak OK, anda OK) dan ada juga orang yang tidak menerima dirinya dan orang lain (Saya tidak OK, anda tidak OK)
Maksud diatas ialah apabila seseorang melihat dirinya ada elemen PAC iaitu Parent atau sebagai ibu bapa. Mereka ini akan rasa, fikir, cakap seperti gaya ibu bapa. Kedua ialah Adult, atau sebagai dewasa. Mereka i ni pula membuat penilaian secara objektif dan bergerak, berinteraksi, dan mungkin berasaskan pengalamannya. Dan akhir sekali ialah Child atau sebagai kanak-kanak. Mereka ini berkeadaan rasa, fikir, bercakap, melakukan tindakan secara kanak-kanak.
Semua interaksi ini ADA DALAM DIRI manusia. Cuma perlu dinilai yang mana tingkahlaku cenderung pada Parent, Adult atau Child. Setelah dinilai, dilihat, kemudian barulah boleh ditafsir serta keadaan ini akan meminimumkan rasa tidak puas hati, marah atau bosan dengan tingkahlaku seseorang.



Tak tahu sama ada fikiran ini masih lagi boleh bergiat seperti gasing. Memutar ilmuwan melihat dari kacamata hati.

No comments:

Post a Comment