Dear Readers

I remember moments.....

Some of the entry may contain academic articles ... and if you are interested in copying or using the articles in this blog, please acknowledge the writer. Thanks so much...... ymrk...since...2007

Klik Jom!

Monday 18 July 2011

Pameran RekaCipta Penyelidikan dan Inovasi 2011

PRPI 2011 kini telah memasuki tahun penganjurannya yang ke-9. Pameran penyelidikan di UPM telah bermula sejak tahun 1997 semasa Exhibition & Seminar Harnessing for Industry Advantage. Pada tahun 2002, Pameran Reka Cipta dan Penyelidikan (PRP) buat pertama kali telah diadakan dengan menggunakan konsep pertandingan hasil projek penyelidikan yang telah dijalankan oleh para penyelidik UPM. Kejayaan penganjuran PRP 2002 telah merintis usaha untuk menjadikannya sebagai aktiviti tahunan UPM dan ianya terus berkembang sejajar dengan nama barunya yang ditukar kepada Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi yang bermula penganjurannya pada tahun 2005.

Sebagai kesinambungan daripada kejayaan penganjuran PRPI 2006, 2007, 2008 dan 2009 yang lalu dan status UPM sebagai salah sebuah Universiti Penyelidikan, PRPI 2011 kali ini yang merupakan pameran penyelidikan yang terbesar di UPM terus dilaksanakan dengan aspirasi dan semangat yang lebih jitu. Pameran ini juga menjadi pelantar kepada para penyelidik untuk mengenengahkan hasil penyelidikan yang dijalankan dan penemuan baharu kepada umum. Di samping itu ianya juga menjadi penanda aras terhadap kualiti sesuatu projek penyelidikan bagi melayakkan para penyelidik UPM untuk menyertai pameran di peringkat kebangsaan dan seterusnya antarabangsa. Adalah diharapkan pelaksanaan PRPI 2011 ini akan dapat menyemarakkan budaya penyelidikan di kalangan staf dan juga pelajar UPM sekaligus menjadikan UPM sebagai Universiti Penyelidikan yang cemerlang di negara ini.

nak tau lebih lanjut, ni laman web rasminya..... http://u-events.upm.my/prpi/

Akhirnya... dalam hal tak tau apa apa... rupa rupanya selama yang YMRK do buat ialah untuk program ni....



Kredit kat Uncle (Ayah Anna), Abah & Mak, Adik, Arwah Induk (Alfatehah) dan Tok Non. Nanti guna gambar lain kot kene saman lak... kekkeke......



Ni nak kredit kat geng geng PRPI tahun lalu.... sbb gambar2 tu dari dia org punya poster.