Dear Readers

I remember moments.....

Some of the entry may contain academic articles ... and if you are interested in copying or using the articles in this blog, please acknowledge the writer. Thanks so much...... ymrk...since...2007

Klik Jom!

Thursday 10 January 2008

Case Presentation


This is an example for those who may want to present a case in a seminar or any knowledge sharing session. I presented the case in a small discussion somewhere in year 2007... cant remember but, I thought I would like to share this with those who are interested.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Maklumat Penama
Nama : Cik A
Umur : 35 tahun
Perkhidmatan: 9 tahun
Pekerjaan : Pembantu Kewangan
Tempat Tinggal: Kuaters kerajaan bersama seorang
rakan kerja dari Jabatan sama tetapi Unit berbeza.
Lain-lain : Penama tidak mempunyai kesihatan sebelum ini dan juga tidak mempunyai
masalah keluarga.
Permulaan Sesi : Julai 2006


Isu dan latar belakang kes:

Penama berusia 35 tahun berasakan dirinya tidak boleh lagi berhadapan dengan tugas harian. Sebelum itu, penama merupakan seorang yang rajin bekerja dan sentiasa patuh dengan arahan dari masa ke semasa. Penama tidak ada masalah untuk menyiapkan tugas-tugas harian di pejabat. Masalah bermula semenjak penggunaan sistem berkomputer untuk menguruskan hal-hal kewangan, ditambah pula dengan keadaan sistem yang lambat dan down. Ini menyebabkan penama asyik pulang lewat malam sejak 4 bulan yang lalu. Penama sering rasa letih dan lesu serta tidak bermaya. Keadaan ini berterusan sehingga penama menunjukkan beberapa perubahan seperti:-

· Penama tidak menunjukkan minat untuk bekerja (sebelum ini penama dikenali sebagai
seorang yang komited dengan kerjanya)

· Penama berasa lesu dan tidak bertenaga

· Penama tidak seaktif dulu bila di pejabat, lebih suka menyendiri dan berdiam (tidak makan
tengah hari, tidak solat bersama rakan-rakan lain, bila datang ke pejabat penama terus
mengadap komputer tanpa berbuat apa apa)

· Penama merasakan dirinya tidak berguna sering terfikir bahawa penama tidak cekap
menjalankan tugas.

· Penama berasa jiwanya kosong, sedih dan rasa bersalah kerana gagal menyiapkan kerja.

· Penama sering mengadu sakit kepala, sakit pinggang dan sering cuti rehat.

· Penama tidak dapat menyiapkan kerja yang diberi kerana sering bermenung

Perubahan yang mendadak ini menyebabkan pihak pengurusan berasa bimbang, lebih-lebih lagi ia melibatkan pengurusan kewangan. Pihak Bahagian penama pernah bercakap dengan penama mengenai perkara ini, tetapi ia tidak memberi kesan sehinggalah penama dirujuk ke Pegawai Kaunselor.


Latar belakang sesi:

Sebanyak empat pertemuan telah dibuat antara kaunselor dan penama.

1. Pertemuan pertama (1 sesi)

Pada mulanya penama tidak menunjukkan sebarang ekspresi wajah. Penama sedikit hayal bila ditanyakan soalan. Akhirnya mula ambil bahagian dalam sesi, penama banyak bercerita tentang dirinya, perasaannya dan pemikirannya yang sering memikirkan tentang keupayaannya bekerja. Kekecewaan yang dirasa, seperti rasa tidak berguna dan tidak berminat untuk menguruskan hal-hal kewangan. Walhal, penama tahu bahawa suatu ketika dulu, penama sangat berminat dalam bidang ini. Penama tidak tahu kenapa minatnya semakin hari semakin pudar dan mula menarik diri. Penama juga menyatakan bahawa dirinya tidak seperti dulu.
(Di akhir pertemuan penama merasakan bertanya sama ada apakah masalah sebenar yang dilaluinya. Penama mahukan ‘dirinya yang dulu’ dan adakah mungkin ia akan berlaku.)

2. Pertemuan Kedua (2 sesi)

Penama lebih yakin dalam pertemuan kali ini, walaupun penama masih menceritakan tentang simptom-simptom yang dilalui seperti tidak ada selera makan, pemikiran negatif tentang keupayaan diri dan sebagainya. Di dalam pertemuan ini kaunselor mula memainkan peranan melalui ringkasan yang diperolehi pada sesi terdahulu seperti:

· Permulaan kepada perubahan-perubahan yang dialami.

· Bila mula menggunakan komputer sepenuhnya dan terdapat masalah server yang
berterusan

· Menyenaraikan perubahan-perubahan tersebut dari aspek pemikiran, perasaan dan
perbuatan seperti:

· Pemikiran :
Penama merasakan dirinya tidak berguna sering terfikir bahawa penama tidak cekap
menjalankan tugas. Sering mempersoalkan keupayaannya menjalankan tugas. Banyak
berhayal dan bermenung.

· Perasaan:
Penama berasa jiwanya kosong, sedih dan rasa bersalah kerana gagal menyiapkan kerja
dan berakhir dengan kekecewaan

· Perbuatan:
Penama mula menarik diri dari rakan sekerja, hilang minat untuk menjalankan tugas.
Berasa lesu, letih dan sering sakit-sakit.

· Harapan dan keinginan.
Penama menyatakan bahawa penama mahukan ‘dirinya yang dulu’. Tidak suka dengan
apa yang berlaku.

· Apa yang boleh dicapai bersama.
Penama dan kaunselor boleh sama-sama mencari jalan untuk mengatasi masalah ini
dengan beberapa teknik yang akan dicapai melalui sesi kaunseling ini.

(Terangkan kepada penama untuk mendapatkan kepastian. Di dalam kes ini, penama menunjukkan kelegaan kerana apa yang disenaraikan itulah apa yang dirasa tetapi ia lebih jelas bila telah disusun sedemikian)

Penama diterangkan mengapa keadaan ini berlaku secara logik dan rasional. (memandangkan penama mempunyai latarbelakang perakaunan, pendekatan lebih mudah bila ada bukti iaitu menerangkan tentang perubahan fizikal terhadap apa yang dialami)

Penama diminta membuat senarai semak mengenai simptom-simptom yang dialami, mengenalpasti cognitive self talk sama ada positif atau sebaliknya. Dan serta merta menggantikannya dengan yang positif.

3. Pertemuan Ketiga ( 2 sesi)

Penama lebih jelas dalam permasalahan yang dialami. Penama memberikan senarai semak yang dibuat, serta tindakan penama mengenai cognitive self talk yang diminta pada pertemuan sebelumnya. Seterusnya penama dibantu merealisasikan keinginan dan harapnnya sewaktu pertemuan sebelum ini. Beberapa kemahiran diajar kepada penama untuk membantu penama tidak panik bila berhadapan dengan situasi tertentu (iaitu apabila server down). Penama diajar teknik pernafasan asas, latihan fizikal mudah (untuk mengalihkan pandangan daripada memikirkan tentang dirinya.) Di dalam aspek ini, penama diajar bagaimana untuk ‘mengaktifkan diri’ (contoh, melalui aktiviti fizikal / overcoming inactivity), mencabar pemikiran negatif (contoh, tidak menyalahkan diri jika server down) dan teknik penyelesaian masalah (contoh, teknik MAST –manageable -action oriented -specific-time limited) à aplikasi CBT untuk kes ini.
Pada akhir pertemuan, penama diberi tugasan untuk menyenaraikan aplikasi teknik yang diajar sekiranya simptom-simptom yang dialami berulang.

4. Pertemuan Keempat (1 sesi)

Penama diminta menunjukkan tugasan yang diberi, serta membincangkan keberkesanannya. Di dalam kes ini, penama memberi kerjasama yang baik. Oleh itu, penama berasa selesa dan lebih yakin dengan kemahiran yang diberi serta senang diaplikasikan.

Pertemuan sebanyak empat kali dengan 6 sesi membantu penama kembali ceria dan berfungsi seperti biasa.

Masalah yang dialami oleh penama:

1. Kemurungan

Penama mengalami kemurungan yang berpanjangan iaitu setelah 4 bulan, barulah dirujuk kepada kaunselor. Kemurungan yang diikuti oleh perubahan emosi, pemikiran dan fizikal serta perbuatan. Perubahan ini berlanjutan serta elebihi dari 5 ciri kemurungan yang disenaraikan dalam DSM IV serta dan boleh dikalsifikasikan sebagai kes kemurungan major.

2. Isu penyesuaian diri.

Penama sukar untuk menyesuaikan diri dengan sistem baru yang diperkenalkan. Masalah teknikal menjadi punca utama mengapa penama mengalami kemurungan.

Kaedah

Kaunselor menggunakan kapasiti penama untuk berubah. Bermaksud, penama dibantu untuk berfikir secara lebih objektif, rasional dan memberi keutamaan kepada aspek-aspek tertentu.

Objektif utama penama : Untuk kembali seperti dulu.

Tatacara :

* membantu penama menyenaraikan simptom serta kesannya pada pemikiran, perasaan dan
perbuatan.
* membantu penama menyusun atur keadaan yang paling utama baginya. Dalam kes
ini, penama ingin kembali bekerja seperti dulu.
* melatih penama untuk memberi reaksi kepada situasi yang mengecewakan melalui reaksi
kognitif dan fizikal.
* membina idea idea baru dan persepsi baru


Teknik Kaunseling : CBT














Diagnosis of Major Depressive Disorder, Single EpisodeA. The person experiences a single major depressive episode:
For a major depressive episode a person must have experienced at least five of the nine symptoms below for the same two weeks or more, for most of the time almost every day, and this is a change from his/her prior level of functioning. One of the symptoms must be either (a) depressed mood, or (b) loss of interest.
Depressed mood. For children and adolescents, this may be irritable mood.
A significantly reduced level of interest or pleasure in most or all activities.
A considerable loss or gain of weight (e.g., 5% or more change of weight in a month when not dieting). This may also be an increase or decrease in appetite. For children, they may not gain an expected amount of weight.
Difficulty falling or staying asleep (insomnia), or sleeping more than usual (hypersomnia).
Behavior that is agitated or slowed down. Others should be able to observe this.
Feeling fatigued, or diminished energy.
Thoughts of worthlessness or extreme guilt (not about being ill).
Ability to think, concentrate, or make decisions is reduced.
Frequent thoughts of death or suicide (with or without a specific plan), or attempt of suicide.
The persons' symptoms do not indicate a mixed episode.
The person's symptoms are a cause of great distress or difficulty in functioning at home, work, or other important areas.
The person's symptoms are not caused by substance use (e.g., alcohol, drugs, medication), or a medical disorder.
The person's symptoms are not due to normal grief or bereavement over the death of a loved one, they continue for more than two months, or they include great difficulty in functioning, frequent thoughts of worthlessness, thoughts of suicide, symptoms that are psychotic, or behavior that is slowed down (psychomotor retardation).
B. Another disorder does not better explain the major depressive episode.C. The person has never had a manic, mixed, or a hypomanic Episode (unless an episode was due to a medical disorder or use of a substance).



Dipetik dari Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders- Fourth Edition
Daripada petikan di atas, penama didapati mempunyai cir-ciri tersebut. Oleh itu, sesi kaunseling perlu mengambil kira sebab musabab mengapa perubahan tiba-tiba berlaku dan berpanjangan. Oleh itu, pendekatan rasional, logik (berdasarkan latar belakang penama) dan praktikal diambil kira. Pendekatan CBT menjadi pilihan.