Dear Readers

I remember moments.....

Some of the entry may contain academic articles ... and if you are interested in copying or using the articles in this blog, please acknowledge the writer. Thanks so much...... ymrk...since...2007

Klik Jom!

Tuesday 3 November 2009

At work..

Briefing to Hakim Mahkamah Tinggi JKSM on Child Psychotherapy in Court
Notes given to them are such as:
--------------------------------------------------------------------
PSIKOTERAPI KANAK-KANAK


Psikoterapi merupakan teknik dan kaedah untuk membantu kanak-kanak yang sedang mengalami kesukaran dalam isu-isu yang berkaitan dengan emosi atau tingkahlaku.

Psikoterapi kanak-kanak menitikberatkan kemahiran komunikasi di dalam proses membantu kanak-kanak melakukan perubahan emosi dan tingkahlaku.

Proses psikoterapi kanak-kanak selalunya melibatkan sama ada seorang individu, kumpulan kanak-kanak, keluarga atau gabungan dengan keluarga yang lain.

Antara aktiviti yang digunakan di dalam psikoterapi kanak-kanak ialah terapi lukisan, terapi seni, ‘role-play’ dan komunikasi verbal sebagai kaedah perluahan emosi dan penyelesaian masalah.

Asas utama dalam psikoterapi kanak-kanak ialah membantu kanak-kanak mempunyai perasaan selamat, selesa dan difahami. Seorang psikoterapis kanak-kanak atau pengamalnya harus mewujudkan suasana ini untuk memudahkan proses psikoterapi (dalam meluahkan emosi, perbincangan dan penyelesaian masalah).

Psikoterapi kanak-kanak dapat membantu kanak-kanak memahami situasi tertentu, mencari penyelesaian konflik dengan orang lain, memahami emosi yang dilaluinya dan masalahnya. Psikoterapis kanak-kanak atau pengamalnya juga menggunakan kaedah tertentu di dalam proses membantu kanak-kanak tersebut.

other topics related to this discussion:

a) MEMAHAMI PERASAAN KANAK-KANAK SEBAGAI MANGSA PERCERAIAN
b) PELAN PERANCANGAN PSIKOTERAPI KANAK-KANAK
c) KANAK KANAK BERISIKO
d) KAEDAH PSIKOTERAPI YANG DIGUNAKAN
I enjoy my work. I sleep, walk, dance with it and I am ready to share will those who need it.

No comments:

Post a Comment