Dear Readers

I remember moments.....

Some of the entry may contain academic articles ... and if you are interested in copying or using the articles in this blog, please acknowledge the writer. Thanks so much...... ymrk...since...2007

Klik Jom!

Sunday, 8 May 2011

Saya Sayang Dia






Ini anak sedara saya.... Raja Puteri Nur Dhannia....




Saya sayang dia sebab dia lah satu satu nya anak saudara saya! Masa umur dia tiga bulan, dia dan keluarga terlibat dalam kemalangan jalan raya di Tangkak Johor akibat Angin Lintang.... Dhannia terselit di dashbox dan ayahnya cuba mengangkat kereta (Triton) untuk keluar kan Dhannia.... (Arghhhhh sedih bila re-call peristiwa tu) .. doktor serba salah nak beritau keadaan Dhannia yang mostly 20% (arghhhhh sedih sedih) ..... tapi berkat doa semua orang.. rakan rakan FB, rakan rakan Blog, miracle happened... Dhannia mula gerakkan jari bila didendangkan lagu 'Pak cukup genggam gamit' dan misi-misi di ICU tu pun kami mohon bantuan dendangkan lagu tu.. sbb masa Dhannia tengah 'koma' kita selalunya perlu ingat kan dia benda yang selalu dilakukan.. so, nenek dia selalu nyanyikan lagu tu... (terima kasih yaaa misi-misi di Hospital Muar) ... yang sedih lagi peralatan perubatan di ICU tidak cukup dan tiada pakar kanak2 .. jadi pihak hospital terpaksa berhubung dengan Dato' Dr. Z dari Hospital Kuala Lumpur untuk kes Dhannia nih.... Alhamdulillah... hampir 10 hari di ICU, saya lah orang yang 'kuat' ketika itu untuk melihat Dhannia hampir setiap hari... bercakap dengan dia (mak abah Dhannia pun terlibat dalam kemalangan tu) dan saya juga lah orang pertama yang dilihat oleh Dhannia bila dia celikkan mata setelah sedar dari 'koma' .... sekarang, Dhannia dah 1 tahun..... semakin comel dan kuat... sbb tu saya sayaaanggg dia....

2 comments:

Isteri @ Ibu Cute said...

Salam kenal...

Sayunya hati akak baca storynya...
Kuasa Allah...Tu yang Dhannia masih bernyawa lagi...Kuat semangat betul dia walaupun masih kecik...'Good lucky'Semoga menang Contest nanti....

ymrk said...

ibu cute..... mmg dia sangat kuat.... kuasa Allah jua.......

Post a Comment